Wednesday 11 January 2017

SEJARAH PENUBUHAN



Pondok Kesang Tasek (PKT) atau Madrasah Lughatul Qur’an Kesang Tasek  lebih dikenali dengan sebutan Pondok Haji Yahya oleh masyarakat umum,khasnya masyarakat setempat di kawasan pondok itu. Ianya merupakan pondok termaju di Johor. PKT adalah merupakan pondok terulung dan salah satu pondok yang terus hidup dan berkembang sehingga kini.
PKT adalah satu-satunya pusat pengajian dan pendidikan Islam yang menggabungkan di Antara dua aliran iaitu secara tradisional dan secara moden. Kedua aliran adalah hasil cetusan pemikiran Almarhum Tuan Guru Yahya, walaupun dengan cara ini beberza dengan system pengajian pondok yang sedia ada. Tujuan beliau untuk mengatasi masalah pelajar di samping memaju dan memperbaharui lagi pusat pengajian pondok. Perjuangan Tuan Guru Yahya tidak terhenti setakat itu sahaja,bahkan diteruskan oleh generasi kedua (ana-anak Almarhum).
Pondok ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 4 Jun 1999 Masihi bersamaan 10 safar 1411 Hijrah oleh Tuan Guru Haji Yahya Bin Sulaiman. Pendaftran pondok ini dibuat di bawah MAIJ dan Adat Istiadat Melayu Johor dengan nombor 134 (dalam MAIJ), 365/99 (kertas MAIJ).


No comments:

Post a Comment