Wednesday 11 January 2017

YURAN MASUK DAN TAHUNAN



Yuran Masuk Dan Tahunan
Semua pelajar  mestilah  mendaftarkan  diri  kepada pihak madrasah  di pejabat dengan mengisi borang yang  telah disediakan dan menjelaskan yuran  sebagaimana berikut:
1. Pelajar tetap (bujang)
a. Yuran pendaftaran RM 10.00
b. Yuran bulanan RM 10.00 sebulan (setahun RM 100.00)

2. Pelajar Sementara (bujang)
a. Yuran pendaftaran RM 10.00
b. Yuran bulanan RM 10.00 sebulan (paling minima 2 bulan iaitu RM 20.00)

3. Pelajar Kelamin dan Warga Emas
a. Yuran pendaftaran RM 10.00
b. Yuran bulanan RM 5.00 sebulan (setahun RM 50.00)

4. Pelajar tumpang (biasanya pelajar atau penduduk berhampiran pondok yang datang belajar pada waktu luang)
          Percuma tanpa perlu membayar yuran wajib cuma digalakkan untuk memberi sumbangan

Lain-lain bayaran
Pelajar juga diwajibkan membayar yuran yang dikenakan oleh pihak kawasan yang dihuni  terutama air dan elektrik biasanya RM 15 sebulan. Ada pelajar yang duduk di kawasan yang perlu dibayar sewa tanah RM 15 sebulan. Kebanyakan pelajar muslimin tiada dikena sewa pondok kerana wakaf. Pelajar muslimat , kelamin dan warga emas ada tambahan bayaran mengikut pondok atau rumah sewa yang dihuni.

Penginapan Dan Makan Minum
Bayaran Penempatan
Pondok wakaf (kebanyakan pelajar bujang tinggal di pondok wakaf)
a. Percuma untuk tempat tinggal Cuma wajib baiki kerosakan sendiri
b. Elektrik bulanan biasanya RM 10.00
c. Air bulanan biasanya RM 3.00

2. Asrama
a. Yuran asrama mengikut ketetapan pihak pengurusan
b. Yuran makan minum
c. Elektrik dan air biasanya RM 15.00 sebulan

3. Pondok sewa (hampir semua pelajar muslimat, kelamin dan warga emas tinggal di pondok sewa)
a. Mengikut kadar sewa yang ditetapkan oleh pemilik pondok
b. Elektrik dan air mengikut bil semasa

Makan Minum dan Pembelian Kitab
Pembiayaan makan  minum dan pembelian kitab adalah tanggungan sendiri. Pelajar dan warga pondok diberi pilihan samada memasak sendiri atau membeli makan di kedai sekitar kawasan pondok

No comments:

Post a Comment