Wednesday 11 January 2017

SYARAT KEMASUKAN DAN KELENGKAPAN BAGI PENDAFTARAN



Syarat Kemasukan
Ø    Antara syarat kemasukan pelajar baru:
1.    Bersih daripada sebarang jenayah dan kes polis seperti dadah, mencuri dan sebagainya
2.    Datang bersama ibubapa/penjaga atau waris terdekat
3.    Mendapat keizinan untuk belajar terlebih dahulu daripada mudir pondok.
4.    Bagi pelajar sementara disyaratkan sekurang-kurangnya belajar di pondok ini selama 2 bulan
5.    Bagi pelajar muslimin disyaratkan berumur 16 tahun ke atas tetapi dibenarkan juga pelajar berumur 13-15 tahun dengan syarat mempunyai penjamin yang berada dalam kawasan pondok yang sanggup mengawalnya ( bagi pelajar yang tidak cukup syarat ini sila rujuk pejabat bagi mendapat nasihat untuk belajar di beberapa pondok pilihan yang lain )
6.    Tidak merokok atau sanggup meninggalkan tabiat merokok
7.    Sanggup mematuhi segala peraturan madrasah sepanjang masa

Ø    Kelengkapan Bagi Pendaftaran
1.     Telah mendapat keizinan daripada pihak penguasa tadbir madrasah setelah memenuhi syarat-syarat yang disebut di atas
2.     Telah mempunyai tempat duduk samada kekal atau sementara sebelum mendaftar diri (sila rujuk ajk kawasan atau pelajar )
3.     Yuran pendaftaran sebanyak RM 10.00 dan yuran bulanan sekurang-kurangnya  untuk setengah tahun sebanyak RM 50.00 (keseluruhan RM100.00)
4.     Sila fotostat kad pengenalan atau passport antarabangsa milik pemohon
5. Sila fotostat kad pengenalan atau passport antarabangsa milik ibubapa pemohon
6.     Sediakan gambar berukuran passport sebanyak 3 keping
7.     Diwajibkan menyerah surat berhenti sekolah atau tempat pengajian terakhir ketika mendaftar diri ( sebarang proses pendaftaran tidak akan dibuat sehingga syarat ini dipenuhi)
8.     Diwajibkan menghantar surat jaminan mengenai akhlak pelajar samada daripada Tuan Imam atau penghulu kampung ketika mendaftar diri.

No comments:

Post a Comment