Kategori Pelajar Dan Had
Umur
Madrasah ini menerima
pelajar dalam beberapa kategori iaitu:
1. Pelajar tetap samada
muslimin dan muslimat bujang
2. Pelajar Sementara
samada muslimin dan muslimat bujang biasanya terdiri daripada pelajar sekolah,
mahasiswa dan pensyarah IPT serta umum daripada kalangan yang telah bekerja
tetapi memohon cuti sementara
3. Pelajar Kelamin dan
Warga Emas
4. Pelajar tumpang (biasanya
pelajar atau penduduk berhampiran pondok yang datang belajar pada waktu luang
terutama pagi, petang dan malam)
Had Umur
1. Pelajar tetap mesti
berumur 13 tahun ke atas dengan syarat pelajar berumur 13 hingga 15 hanya
diterima apabila mempunyai penjamin dari kalangan pelajar lama yang mampu
menjaganya
2. Pelajar berumur atas 20
tahun ke atas turut diterima jika memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan
3. Warga emas terutama
kalangan mereka yang pencen turut diterima belajar selagi mereka mampu berdikari
tanpa perlu kepada bantuan penghuni lain untuk makan minum dan belajar
No comments:
Post a Comment