Pondok Kesang Tasek (PKT) atau Madrasah Lughatul
Qur’an Kesang Tasek lebih dikenali
dengan sebutan Pondok Haji Yahya oleh masyarakat umum,khasnya masyarakat
setempat di kawasan pondok itu. Ianya merupakan pondok termaju di Johor. PKT
adalah merupakan pondok terulung dan salah satu pondok yang terus hidup dan
berkembang sehingga kini.
PKT adalah satu-satunya pusat pengajian dan pendidikan
Islam yang menggabungkan di Antara dua aliran iaitu secara tradisional dan
secara moden. Kedua aliran adalah hasil cetusan pemikiran Almarhum Tuan Guru
Yahya, walaupun dengan cara ini beberza dengan system pengajian pondok yang
sedia ada. Tujuan beliau untuk mengatasi masalah pelajar di samping memaju dan
memperbaharui lagi pusat pengajian pondok. Perjuangan Tuan Guru Yahya tidak
terhenti setakat itu sahaja,bahkan diteruskan oleh generasi kedua (ana-anak
Almarhum).
Pondok ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 4 Jun
1999 Masihi bersamaan 10 safar 1411 Hijrah oleh Tuan Guru Haji Yahya Bin
Sulaiman. Pendaftran pondok ini dibuat di bawah MAIJ dan Adat Istiadat Melayu
Johor dengan nombor 134 (dalam MAIJ), 365/99 (kertas MAIJ).
No comments:
Post a Comment