Yuran Masuk Dan Tahunan
Semua pelajar mestilah
mendaftarkan diri kepada pihak madrasah di pejabat dengan mengisi borang yang telah disediakan dan menjelaskan yuran sebagaimana berikut:
1. Pelajar tetap
(bujang)
a. Yuran pendaftaran RM
10.00
b. Yuran bulanan RM 10.00
sebulan (setahun RM 100.00)
2. Pelajar Sementara
(bujang)
a. Yuran pendaftaran RM
10.00
b. Yuran bulanan RM 10.00
sebulan (paling minima 2 bulan iaitu RM 20.00)
3. Pelajar Kelamin dan
Warga Emas
a. Yuran pendaftaran RM
10.00
b. Yuran bulanan RM 5.00
sebulan (setahun RM 50.00)
4. Pelajar tumpang
(biasanya pelajar atau penduduk berhampiran pondok yang datang belajar pada
waktu luang)
– Percuma tanpa perlu membayar yuran
wajib cuma digalakkan untuk memberi sumbangan
Lain-lain bayaran
Pelajar juga diwajibkan
membayar yuran yang dikenakan oleh pihak kawasan yang dihuni terutama air dan elektrik biasanya RM 15
sebulan. Ada pelajar yang duduk di kawasan yang perlu dibayar sewa tanah RM 15
sebulan. Kebanyakan pelajar muslimin tiada dikena sewa pondok kerana wakaf. Pelajar
muslimat , kelamin dan warga emas ada tambahan bayaran mengikut pondok atau
rumah sewa yang dihuni.
Penginapan Dan Makan Minum
Bayaran Penempatan
Pondok wakaf
(kebanyakan pelajar bujang tinggal di pondok wakaf)
a. Percuma untuk tempat
tinggal Cuma wajib baiki kerosakan sendiri
b. Elektrik bulanan
biasanya RM 10.00
c. Air bulanan biasanya RM
3.00
2. Asrama
a. Yuran asrama mengikut
ketetapan pihak pengurusan
b. Yuran makan minum
c. Elektrik dan air
biasanya RM 15.00 sebulan
3. Pondok sewa
(hampir semua pelajar muslimat, kelamin dan warga emas tinggal di pondok sewa)
a. Mengikut kadar sewa
yang ditetapkan oleh pemilik pondok
b. Elektrik dan air
mengikut bil semasa
Makan Minum dan Pembelian
Kitab
Pembiayaan makan minum dan pembelian kitab adalah tanggungan
sendiri. Pelajar dan warga pondok diberi pilihan samada memasak sendiri atau
membeli makan di kedai sekitar kawasan pondok
No comments:
Post a Comment