Syarat Kemasukan
Ø Antara syarat kemasukan pelajar baru:
1. Bersih daripada sebarang jenayah dan kes
polis seperti dadah, mencuri dan sebagainya
2. Datang bersama ibubapa/penjaga atau waris
terdekat
3. Mendapat keizinan untuk belajar terlebih
dahulu daripada mudir pondok.
4. Bagi pelajar sementara disyaratkan
sekurang-kurangnya belajar di pondok ini selama 2 bulan
5. Bagi pelajar muslimin disyaratkan berumur
16 tahun ke atas tetapi dibenarkan juga pelajar berumur 13-15 tahun dengan
syarat mempunyai penjamin yang berada dalam kawasan pondok yang sanggup
mengawalnya ( bagi pelajar yang tidak cukup syarat ini sila rujuk pejabat bagi
mendapat nasihat untuk belajar di beberapa pondok pilihan yang lain )
6. Tidak merokok atau sanggup meninggalkan
tabiat merokok
7. Sanggup mematuhi segala peraturan madrasah
sepanjang masa
Ø Kelengkapan
Bagi Pendaftaran
1. Telah mendapat keizinan daripada pihak
penguasa tadbir madrasah setelah memenuhi syarat-syarat yang disebut di atas
2. Telah mempunyai tempat duduk samada kekal
atau sementara sebelum mendaftar diri (sila rujuk ajk kawasan atau pelajar )
3. Yuran pendaftaran sebanyak RM 10.00 dan
yuran bulanan sekurang-kurangnya untuk
setengah tahun sebanyak RM 50.00 (keseluruhan RM100.00)
4. Sila fotostat kad pengenalan atau passport
antarabangsa milik pemohon
5. Sila fotostat kad
pengenalan atau passport antarabangsa milik ibubapa pemohon
6. Sediakan gambar berukuran passport
sebanyak 3 keping
7. Diwajibkan menyerah surat berhenti sekolah
atau tempat pengajian terakhir ketika mendaftar diri ( sebarang proses
pendaftaran tidak akan dibuat sehingga syarat ini dipenuhi)
8. Diwajibkan menghantar surat jaminan
mengenai akhlak pelajar samada daripada Tuan Imam atau penghulu kampung ketika
mendaftar diri.
No comments:
Post a Comment